Monday, May 25, 2009

Sijenggo Yang Ku Tawan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini. Tak perlu saya nak cerita banyak tengok gambar ni dahulu.

He.. He.. He.. Si Sepit biru yang berjaya ditawan di Sungai Sepayang, Kuala Rompin.


Ala sukenye die... ada lagi last gambar..
Alhamdullilah.. Kesemua gambar ini adalah hasil pancingan kami sekeluarga (Bersama keluarga mertua di Sungai Sepayang, Kuala Rompin, Pahang). Saya bersama Bapa mertua, dan adik beradik ipar telah turun memancing pada Jan 2009 yang lepas. Dua buah bot berkuasa kudakan tenaga manusia (kayuh je) telah menawan si sepit biru bersama beberapa ekor ketam nipah di Sungai Sepayang. Sungai yang juga berdekatan rumah keluarga mertua saya (Felda Selendang 2) menjadi pilihan kerana kemudahan menyewa Bot PVC yang banyak. Sungai ini juga didiami oleh spesis ikan yang kelas-kelas seperti siakap, baung, toman, dan duri (kelas gitu).
Agak memeranjatkan ada pemancing dari Negeri Sembilan (Dari belah Palong) sanggup datang seawal pagi untuk memancing udang di sini. Difahamkan juga udang disini tidak bermusim, tetapi banyak dipengaruhi oleh keadaan air (kepayauan/tawar).
Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba nasib disini.

1 comment:

Md@Rahim said...

salam bro...meriah jer nampak udang galah tu.kat mana pancing tu??add gua as ur partner blog.www.jiggermasterforum.blogspot.com.hujung tahun ni baru ade trip..skrg bz skit.thanks 4 ur comment.