Monday, May 25, 2009

Tangkapan Biasa

Ikan Tetanda, Kerapu, Gelama dan Duri (tiada gambar) adalah hasil tangkapan yang selalu saya perolehi semasa turun memancing di Sungai Kuantan.

Saya suka memancing pada waktu awal pagi dan lokasinya di atas jeti nelayan di Tanjung Lumpur, Kuantan.

Lokasi yang sunyi dan ketenangan pagi membolehkan saya memperolehi spesis ikan seperti ini. dengan berbekalkan umpan udang hidup dan perambut rambai 2 mata sepanjang 1 meter.

Tangkapan Terbesar Setakat Ini

assalamualaikum WBT.
Sedikit saya nak berkongsi dengan pelawat-pelawat hasil tangkapan terbesar saya. Ikan sembilang.
Tangkapan ini diperolehi semasa saya memancing di bawah jambatan Tanjung Lumpur (Sungai Kuantan). dengan berbekalkan umpan udang hidup dan set memancing reel Banax SX4000, tali monoline 40 paun, dan joran Figo VIP Classic.
Ikan ni tak melawan sangat semasa saya menariknya ke darat. Pada mulanya saya ingatkan sampah (al maklum Sungai Kuantan pun dah cemar sekarang) hitam semacam je, tu dia sekali naik, melentur joran, mengigil satu badan, ye la ikan terbesar lagipun seram juga takut kena sengatan ikan sembilang nih. kena makan tak sudah.
sebelum balik saya kerat sengat, tunjuk kat orang rumah, dia pun kata "abang nak masak apa ikan ni?" saya cakap "Goreng pun sodap". Ha.. Ha.. Ha...
Ikan sembilang ni pun dikorbankan kedalam kuali buat masak goreng berlada..

Sijenggo Yang Ku Tawan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini. Tak perlu saya nak cerita banyak tengok gambar ni dahulu.

He.. He.. He.. Si Sepit biru yang berjaya ditawan di Sungai Sepayang, Kuala Rompin.


Ala sukenye die... ada lagi last gambar..
Alhamdullilah.. Kesemua gambar ini adalah hasil pancingan kami sekeluarga (Bersama keluarga mertua di Sungai Sepayang, Kuala Rompin, Pahang). Saya bersama Bapa mertua, dan adik beradik ipar telah turun memancing pada Jan 2009 yang lepas. Dua buah bot berkuasa kudakan tenaga manusia (kayuh je) telah menawan si sepit biru bersama beberapa ekor ketam nipah di Sungai Sepayang. Sungai yang juga berdekatan rumah keluarga mertua saya (Felda Selendang 2) menjadi pilihan kerana kemudahan menyewa Bot PVC yang banyak. Sungai ini juga didiami oleh spesis ikan yang kelas-kelas seperti siakap, baung, toman, dan duri (kelas gitu).
Agak memeranjatkan ada pemancing dari Negeri Sembilan (Dari belah Palong) sanggup datang seawal pagi untuk memancing udang di sini. Difahamkan juga udang disini tidak bermusim, tetapi banyak dipengaruhi oleh keadaan air (kepayauan/tawar).
Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba nasib disini.