Sunday, October 11, 2009

Misi Kuantan Waterbreaker 2



Pada 10 Okt 2009 yang lepas aku bersama abang zul berkesempatan menjalankan aktiviti memancing di Kuantan Waterbreaker, Pelabuhan Kuantan. Trip hilang serabut nih di rancang sehari sebelum operasi. Kami berdua bertolak dari rumah jam 8 pagi dan tiba di lokasi jam 845 pagi. Lokasi pertama kami pergi tak membuahkan apa-apa hasil. Saya mengambil keputusan untuk berpindah ke bahagian berhampiran Pelabuhan Kuantan. Hasilnya....



Besar juga la (dalam rekod peribadi) tapi nih seekor je yang kami dapat dalam trip hilang serabut nih. Apa-apa pun syukur alhamdullilah.


Wednesday, August 26, 2009

Ramadan Al Mubarak

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga amalan puasa dan lain-lain diberkati Allah S.W.T.

Thursday, August 20, 2009

Siri Memancing Di Kuantan Water Breaker

Assalamualaikum...

Semalam 20 Ogos 2009 merupakan hari yang paling mengembirakan aku...

aku bersama rakan abg zul telah melakukan ekpedisi untuk but pertama kalinya ke Kuantan water breaker, Kawasan Pelabuhan Kuantan (walaupun duduk Kuantan dan kaki mancing di Kuantan dah lama) dan hasilnya ......

1 ekor ebek dan 1 ekor baby GT @ jemuduk. aku bersenjatakan joran lemax VIP Classic, Banax trakker 15 dengan tali sulam ajiking 40 lb dan menggunakan umpan udang hidup... kira lesen ah ni... he.. he.. he..
Syukur alhamdullilah.......

Wednesday, July 15, 2009

Sesi memancing udang bertukar memancing ketam


Adio yaii... 11 jul 09 yang lalu aku berkesempatan balik ke rumah bapa mertua di Kuala Rompin. Apa lagi dengan sempoinya aku mengajak bapa mertua memancing udang di Sungai Sepayang. lama juga tak memancing udang dan kebetulan bapa mertua aku telah meracun seminggu yang lepas dia dan sedara maranya telah menaikkan dalam belas-belas ekor udang galah saiz "A" walau cuaca ketika itu hujan dan mendung. hari yang dirancangankan (sebenar tak rancang pun) aku, bapa mertua dengan adik ipar berlepas ke Sungai Sepayang dengan harapan membawa puluhan udang tambahan hari itu cuaca panas. kali ini bapa mertua aku membawa ke lubuk kubur (dekat dengan masjid Kg Sepayang) dengan berkenderaankan bot pvc dengan 2 kuasa orang.
Bagaimanapun apa yang dihajati tidak kesampaian hanya ketam, ikan baung, gelama, dan udang galah saiz c (3 ekor je) yang berjaya didaratkan.
Takpe.. apa pun syukur alhamdullilah dah tu je rezeki untuk hari tu...

Monday, May 25, 2009

Tangkapan Biasa

Ikan Tetanda, Kerapu, Gelama dan Duri (tiada gambar) adalah hasil tangkapan yang selalu saya perolehi semasa turun memancing di Sungai Kuantan.

Saya suka memancing pada waktu awal pagi dan lokasinya di atas jeti nelayan di Tanjung Lumpur, Kuantan.

Lokasi yang sunyi dan ketenangan pagi membolehkan saya memperolehi spesis ikan seperti ini. dengan berbekalkan umpan udang hidup dan perambut rambai 2 mata sepanjang 1 meter.

Tangkapan Terbesar Setakat Ini

assalamualaikum WBT.
Sedikit saya nak berkongsi dengan pelawat-pelawat hasil tangkapan terbesar saya. Ikan sembilang.
Tangkapan ini diperolehi semasa saya memancing di bawah jambatan Tanjung Lumpur (Sungai Kuantan). dengan berbekalkan umpan udang hidup dan set memancing reel Banax SX4000, tali monoline 40 paun, dan joran Figo VIP Classic.
Ikan ni tak melawan sangat semasa saya menariknya ke darat. Pada mulanya saya ingatkan sampah (al maklum Sungai Kuantan pun dah cemar sekarang) hitam semacam je, tu dia sekali naik, melentur joran, mengigil satu badan, ye la ikan terbesar lagipun seram juga takut kena sengatan ikan sembilang nih. kena makan tak sudah.
sebelum balik saya kerat sengat, tunjuk kat orang rumah, dia pun kata "abang nak masak apa ikan ni?" saya cakap "Goreng pun sodap". Ha.. Ha.. Ha...
Ikan sembilang ni pun dikorbankan kedalam kuali buat masak goreng berlada..

Sijenggo Yang Ku Tawan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini. Tak perlu saya nak cerita banyak tengok gambar ni dahulu.

He.. He.. He.. Si Sepit biru yang berjaya ditawan di Sungai Sepayang, Kuala Rompin.


Ala sukenye die... ada lagi last gambar..
Alhamdullilah.. Kesemua gambar ini adalah hasil pancingan kami sekeluarga (Bersama keluarga mertua di Sungai Sepayang, Kuala Rompin, Pahang). Saya bersama Bapa mertua, dan adik beradik ipar telah turun memancing pada Jan 2009 yang lepas. Dua buah bot berkuasa kudakan tenaga manusia (kayuh je) telah menawan si sepit biru bersama beberapa ekor ketam nipah di Sungai Sepayang. Sungai yang juga berdekatan rumah keluarga mertua saya (Felda Selendang 2) menjadi pilihan kerana kemudahan menyewa Bot PVC yang banyak. Sungai ini juga didiami oleh spesis ikan yang kelas-kelas seperti siakap, baung, toman, dan duri (kelas gitu).
Agak memeranjatkan ada pemancing dari Negeri Sembilan (Dari belah Palong) sanggup datang seawal pagi untuk memancing udang di sini. Difahamkan juga udang disini tidak bermusim, tetapi banyak dipengaruhi oleh keadaan air (kepayauan/tawar).
Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba nasib disini.