Saturday, March 13, 2010

Siri Memancing

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia...

Lama betul rasa dah tak update blog memancing nih.. pasal lama dah tak memancing dah.. selain musim monson timur (di pantai timur Malaysia) aku juga kini sibuk dengan kerja-kerja yang tidak boleh ditinggalkan.. sekarang ni kalau nak memancing dah tak boleh nak rancang. asal boleh dan asal ada masa kosong aku turun... selain itu permit (kebenaran bini) juga susah nak dapat sekarang... he.. heee... hee.. bukan takut tapi hormat...

Baru-baru ni ada gak turun Sungai Kuantan.. Naik bot lagi... tapi hasil tak seperti yang dikehendaki banyak sangat ikan duri dan anak beranaknya selain ikan sembilang dan gelama. Macamana pun aku puashati selain dapat melayan tarikan ikan dan kerana berjaya memabukkan diri sebanyak 2 kali...

Untuk makluman semua aku dan berpindah dari ibupejabat kontinjen ke ibupejabat daerah.. namanya daerah tentu kerjanya parah (banyak). selain itu juga aku berjaya mempengaruhi rakan-rakan sekerja untuk mengadakan satu team memancing di pejabat bagaimanapun kami belum dapat memancing dan buat trip bersama atas sebab kesibukan kerja. insyaallah aku akan adakan satu trip turun laut bersama rakan sekerja.

apapun kepada semua pembaca selamat berjaya


sembilang bakar... manis ooo

pari tembikar.. berat dalam 1 kg