Wednesday, April 14, 2010

Ikan Darat la pulok...

Assalamualaikum.. dan salam 1 malaysia..

Hee... he... he... Bahana.. bahana.. rupanya sedap juga melayan ikan darat ni ye.. kali ini aku tak jumpa laut dah aku jumpa darat yelah.. aku try mancing kolam kawan kepada kawan aku (dapat mancing free sapa tak suka) memang masyukk dan asyikk... selama ni ikan laut je aku pancing pasal ikan darat nih aku kurang sikit sebab ada sejarah aku makan ikan talipia kena gastrik... macamana pun setelah diracun rakan aku nih peh.. syok juga layan ikan darat kena plak ikan feveret patin... masak lomak cili api... member (tokey) kolam kata dia lepaskan pelbagai sepisis ikan dari jenis patin, keli, rohu, tongsan, dan talipia sebanyak 2 tan dan sekarang dah beranak pinak.. nak pancing kat sini korang kena datang ah batang kali, hulu selangor nama tempat ni berdekatan dengan kolam air panas hulu tamu syokk oh (kena promosi pasal tauke dah belanja mancing) ada resort mancing pun tak mahal 5 hinggit sejoran dan sekilo ikan naik hanya 7 hinggit sekilo... pancing lepas pun boleh umpan yang baik umpan dedah pandai korang la nak pakai dedak apa.. aku pakai dedak ayam campur roti, atau pun boleh pakai dedah ikan campur essen pandan dan essen pisang tu kalau target tongsan la.. cerita banyak takde tengok gambar masyukkk........


sekilo seekor.. masyuk layan patin...

rohuuu... gambar tongsan takde pasal tak ambil...





Saturday, March 13, 2010

Siri Memancing

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia...

Lama betul rasa dah tak update blog memancing nih.. pasal lama dah tak memancing dah.. selain musim monson timur (di pantai timur Malaysia) aku juga kini sibuk dengan kerja-kerja yang tidak boleh ditinggalkan.. sekarang ni kalau nak memancing dah tak boleh nak rancang. asal boleh dan asal ada masa kosong aku turun... selain itu permit (kebenaran bini) juga susah nak dapat sekarang... he.. heee... hee.. bukan takut tapi hormat...

Baru-baru ni ada gak turun Sungai Kuantan.. Naik bot lagi... tapi hasil tak seperti yang dikehendaki banyak sangat ikan duri dan anak beranaknya selain ikan sembilang dan gelama. Macamana pun aku puashati selain dapat melayan tarikan ikan dan kerana berjaya memabukkan diri sebanyak 2 kali...

Untuk makluman semua aku dan berpindah dari ibupejabat kontinjen ke ibupejabat daerah.. namanya daerah tentu kerjanya parah (banyak). selain itu juga aku berjaya mempengaruhi rakan-rakan sekerja untuk mengadakan satu team memancing di pejabat bagaimanapun kami belum dapat memancing dan buat trip bersama atas sebab kesibukan kerja. insyaallah aku akan adakan satu trip turun laut bersama rakan sekerja.

apapun kepada semua pembaca selamat berjaya


sembilang bakar... manis ooo

pari tembikar.. berat dalam 1 kg




Sunday, October 11, 2009

Misi Kuantan Waterbreaker 2



Pada 10 Okt 2009 yang lepas aku bersama abang zul berkesempatan menjalankan aktiviti memancing di Kuantan Waterbreaker, Pelabuhan Kuantan. Trip hilang serabut nih di rancang sehari sebelum operasi. Kami berdua bertolak dari rumah jam 8 pagi dan tiba di lokasi jam 845 pagi. Lokasi pertama kami pergi tak membuahkan apa-apa hasil. Saya mengambil keputusan untuk berpindah ke bahagian berhampiran Pelabuhan Kuantan. Hasilnya....



Besar juga la (dalam rekod peribadi) tapi nih seekor je yang kami dapat dalam trip hilang serabut nih. Apa-apa pun syukur alhamdullilah.


Wednesday, August 26, 2009

Ramadan Al Mubarak

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga amalan puasa dan lain-lain diberkati Allah S.W.T.

Thursday, August 20, 2009

Siri Memancing Di Kuantan Water Breaker

Assalamualaikum...

Semalam 20 Ogos 2009 merupakan hari yang paling mengembirakan aku...

aku bersama rakan abg zul telah melakukan ekpedisi untuk but pertama kalinya ke Kuantan water breaker, Kawasan Pelabuhan Kuantan (walaupun duduk Kuantan dan kaki mancing di Kuantan dah lama) dan hasilnya ......

1 ekor ebek dan 1 ekor baby GT @ jemuduk. aku bersenjatakan joran lemax VIP Classic, Banax trakker 15 dengan tali sulam ajiking 40 lb dan menggunakan umpan udang hidup... kira lesen ah ni... he.. he.. he..
Syukur alhamdullilah.......

Wednesday, July 15, 2009

Sesi memancing udang bertukar memancing ketam


Adio yaii... 11 jul 09 yang lalu aku berkesempatan balik ke rumah bapa mertua di Kuala Rompin. Apa lagi dengan sempoinya aku mengajak bapa mertua memancing udang di Sungai Sepayang. lama juga tak memancing udang dan kebetulan bapa mertua aku telah meracun seminggu yang lepas dia dan sedara maranya telah menaikkan dalam belas-belas ekor udang galah saiz "A" walau cuaca ketika itu hujan dan mendung. hari yang dirancangankan (sebenar tak rancang pun) aku, bapa mertua dengan adik ipar berlepas ke Sungai Sepayang dengan harapan membawa puluhan udang tambahan hari itu cuaca panas. kali ini bapa mertua aku membawa ke lubuk kubur (dekat dengan masjid Kg Sepayang) dengan berkenderaankan bot pvc dengan 2 kuasa orang.
Bagaimanapun apa yang dihajati tidak kesampaian hanya ketam, ikan baung, gelama, dan udang galah saiz c (3 ekor je) yang berjaya didaratkan.
Takpe.. apa pun syukur alhamdullilah dah tu je rezeki untuk hari tu...

Monday, May 25, 2009

Tangkapan Biasa

Ikan Tetanda, Kerapu, Gelama dan Duri (tiada gambar) adalah hasil tangkapan yang selalu saya perolehi semasa turun memancing di Sungai Kuantan.

Saya suka memancing pada waktu awal pagi dan lokasinya di atas jeti nelayan di Tanjung Lumpur, Kuantan.

Lokasi yang sunyi dan ketenangan pagi membolehkan saya memperolehi spesis ikan seperti ini. dengan berbekalkan umpan udang hidup dan perambut rambai 2 mata sepanjang 1 meter.